Tuesday, April 27, 2010

BSP Mini Games Carnival


Alhamdulillah, perancangan Kelab Sukan untuk mengadakan  "BSP Mini Games Carnival" akhirnya terlaksana pada tarikh 4 April 2010. Pada tarikh yang sama juga blog Kelab Sukan  telah dirasmikan oleh En. Fadzli dari FT Region Office.


Semua kakitangan dan ahli keluarga telah berkumpul di perkarangan Tasik Titiwangsa seawal jam 8.00 pagi. Tepat pada pukul 9.00 pagi acara telah dimulakan dangan ucapan alu-aluan daripada Penaung dan diikuti oleh Penasihat Kelab Sukan.


Kerjasama dari setiap kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Bumble Bee, Green Day, Blues Gang dan Apa Cer! amatlah dihargai dalam meneruskan acara seterusnya seperti perbarisan, masukkan air dalam botol, baling telur dan sebagainya. Acara dimeriahkan dengan acara bagi kanak-kanak mengikut peringkat umur.


Aktiviti telah berakhir lebih kurang pukul 12.00 tengahari dengan penyampaian hadiah bagi setiap pasukan dan acara keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan Bumble Bee yang dianggotai oleh Aca, Nik T, Abg Lee dan juga Mawi yang dibantu oleh setiap ahli keluarga masing-masing.


Walaupun masa bersama amat singkat segala aktiviti berjalan lancar dalam
semangat kekeluargaan.


0 comments:

Post a Comment