Thursday, August 12, 2010

AWARD PRESENTATION FT REGION 09/10


Pada 06 Ogos 2010 bertempat di Tower C, Dataran Maybank Bangsar telah berlangsung majlis "Award Presentation " bagi  FT Region bagi tahun kewangan berakhir 2009/2010. Majlis yang penuh dengan warna warni dan meriah ini telah dihadiri oleh kesemua 8 cawangan yang bernaung di bawah FT Region iaitu Cawangan Dataran Maybank, Kuala Lumpur Main office @ Bukit Bintang, Medan Tuanku, Selayang, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Klang Lama, Cheras dan Setapak.


Acara pembukaan dimulakan dengan persembahan " wa ka ka " dari RAQM FT. Persembahan pembukaan yang begitu menghiburkan dan bersemangat dari kakitangan RAQM. Dihangatkan lagi dengan kehadiran En Noorhisham ( Head FT) dan En Alwi ( Head RAQM ) dalam persembahan tersebut.


Kesemua 8 cawangan dikehendaki membuat persembahan mengikut tema " team song " dan megikut kreativiti masing-masing.


Sayugia itu Bandar Sri Permaisuri telah mempersembahkan satu persembahan yang begitu memukau penonton dengan berkonsepkan Tradisional Masyarakat Melayu yang bertepatan dengan nama cawangan kami iaitu " BANDAR SRI PERMAISURI"


Bunga Manggar, Bunga Telor dan Sirih Junjung  adalah simbolik bagi menunjukkan semangat kepahlawanan kakitangan Bandar Sri Permaisuri. Lagu tema " MENTERA BSP " dipilih bagi menaikkan semangat dalam memberikan yang terbaik untuk mencapai misi menjadikan Maybank No 1.


Dengan penuh bangga dan bergaya Cawangan Bandar Sri Permaisuri telah memenangi 4 kategori Award yang dipertandingkan iaitu :-
            
          1). Best in Lowest NCNPL
             2). Best in Telephone Tact
             3). Best in Customer Service for the month of May'10
             4). Runner up Customer Service for the Month of April'10

Harapan dari semua kakitangan Bandar Sri Permaisuri agar dapat mempertingkatkan lagi usaha pada tahun 2010/2011 dan memperolehi lebih banyak Award yang dipertandingkan.

Akhir kata disertakan serangkap pantun sebagai pengakhir bicara :

                                  BUNGA MANGGAR PEMBUKA PERSEMBAHAN
                                  SIRIH JUNJUNG DIBAWA GEMALAI
                                  SEMANGAT BSP KAMI UTAMAKAN
                                  AGAR MISI DAPAT DICAPAI

Wasalam.......

s/usaha Sport Club '10






Wednesday, August 11, 2010

'AFC BSP'S TIGER IGNITED BY MR GEOFF'


IT WAS A MEMORABLE DAY FOR US AS WE WELCOME OUR EXCO VISIT WHICH WERE FILLED WITH EXCITEMENT & FRUITFUL MOMENTS. IT STARTED WITH BRANCH PERFORMANCE'S PRESENTATION BY OUR BM AND FOLLOWED BY SESSION BY MR GEOFF WHO SHARING MAYBANK VISION AND ASPIRATION TOWARD BECOME REGIONAL PLAYER.